Monday, 28 October 2013

Testimoni Sabun Marine Essence




Alolo siannya tengok baby comey tu. Habis muka merah-merah kena ruam. Ini antara gambar-gambar daripada pengguna sabun ketiak sebelum dan selepas mereka guna sabun ni. Ternyata berkesan. Tapi saya pun tak berani nak cakap lebih-lebih. Kang pung-pang-pung-pang, habuk pun tadakkkk. Setakat ni, Alhamdulillah ramai yang serasi dengan sabun ni. Ada juga beberapa orang yang mengeluh, kata tak ada beza pun. Sebelum ni ketiak hitam, lepas pakai...tak ada beza pun. 

Kat sini saya nak komen sikit, sila bersabar ye tuan-tuan dan puan-puan. Bayangkan, daki yang melekat kat badan tu dah bertahun lamanya ada kat kulit kita, tiba-tiba kita nak ianya hilang dalam masa yang sangat singkat. Memang agak mustahil la. Sebabnya, sabun ni mengandungi bahan-bahan semulajadi. Bukannya bahan peluntur macam clorox tu. Bahaya. So, teruskan pakai sabun hijau ni, Insyaallah lama-kelamaan kesan-kesan hitam itu akan pudar. Kata kuncinya di sini, S.A.B.A.R.

Masalah ruam di kalangan kanak-kanak memang biasa di negara kita yang panas ni. Sabun ni saya amat sarankan kepada ibubapa yang tension dengan masalah ni. Ye la, kesian kan tengok anak tu jadi tak selesa, tergaru-garu sebab gatal. Ramai kawan saya yang try pakai sabun ni pada awalnya tak yakin pun dengan keberkesanannya. Tapi oleh kerana harganya tak mahal pun, so mereka try dulu. Alhamdulillah, masalah kulit anak diorang makin ok. Kesan ruam / gatal-gatal makin kurang. Saya belum ada anak dan tak pernah kena ruam, tak boleh try untuk diri sendiri.haha.. 

Sebenarnya ada lagi testimoni yang berjaya dengan sabun ni, tapi takde gambar. Ye lah, takkan nak tunjuk gambar ketiak diorang kan?? Sendiri tahu sudah..haha
Macam biasa, kalau terasa nak try guna sabun hijau berseri ni, contact saya. 

013-6780625. *senyum*


Yang jual sabun,
~hana bukan montana~



Tuesday, 22 October 2013

PUTIH ITU CANTIK (really?)






Tak tahu kenapa. Masyarakat kita kalau nak identify seseorang itu cantik, SELALUNYA mesti warna kulit yang putih menjadi kriteria utamanya. Tapi tak semua la... Well, cantik itu kan subjektif. Berbeza orang, berbeza citarasanya. Habis tu, yang kulit sawo matang, kuning langsat and so on tu tak cantik ke? Alahai terasanya saya. Saya absolutely tak tergolong dalam kalangan yang kulit putih ni.huhu

Memang tak dinafikan, kita mudah jatuh suka dengan sesuatu yang cantik. Tak payah kata orang lain la, saya sendiri merasakan orang yang putih itu cantik. Lagi-lagi kalau kulit tu dah la putih, bersih pulak tu..mulus je... Bertuahnya dia. Tengok Zizie Ezette, Nora Danish, Siti Nurhaliza, Preity Zinta (sekadar beberapa nama), jeles betul tengok kemulusan kulit diorang. Ada jugak yang kulit tak berapa cerah, tapi still cantik. Macam Rani Mukherjee, Beyonce, J-Lo, Alicia Keys (amboi contoh international saje) pun cantik jugak. Malaysia pun ramai artis yang kulit tak cerah sangat tapi manis dipandang. Ingat lagi tak kat Norazah Aziz, aktress yang dah lama tak muncul sekarang. Suka tengok dia, manis orangnya. Siapa lagi ye? Hmm Nurul n Dayang Norfaizah juga. Ning Baizura pun sama. Saya pernah jumpa Ning Baizura n Dayang in person. OMG kulit mereka memang cantik, serius!

Oleh sebab ramai yang nak cantik (read putih), maka sekarang makin banyak produk kecantikan yang keluar di pasaran. Untuk memutihkan kulit terutamanya, melambak-lambak ada. Pilih je, nak yang jenis pil, jenis minuman, krim untuk tepek kat muka, sabun, mask...sediakan duit je dik. Orang yang tak kisah pasal kecantikan pun tiba-tiba boleh jadi teringin nak putih. Perempuan kan, biasalah. Oh ye, lelaki pun tak terkecuali ok.

Nama pun orang Melayu kan...nak putih macam mana lagi... Alangkan orang Korea, Jepun, China yang dah sah-sah putih melepak tu pun ada je yang tak puas hati dengan diri sendiri. Nak tambah cantik lagi, siap buat buat plastic surgery bagai.

Kepada yang tak berkulit putih tu, it's ok. Hitam manis pun cantik whattttttt (sedapkan hati sendiri.haha). Pandang tak jemu katanya.. (^__*). Tak kiralah putih mulus ke, sawo matang ke, hitam manis ke, yang penting hati kena bersih. Allah tak memandang paras rupa seseorang, yang dinilai adalah amalannya. Berbahagia dan bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Itu yang terbaik untuk kita. Bukankah semua ciptaanNya itu adalah yang terbaik? *senyum*

Kalau nak cerita pasal cantik tak cantik ni, memang sampai ke sudah pun tak habis. Tak salah kalau nak memutihkan diri untuk kelihatan cantik. Tapi please be careful. Pastikan produk yang kita ambil tu selamat.  Takde kesan sampingan yang tak elok. Takut nanti cantik entah ke mana, kita makin sengsara pulak. Nauzubillah... Biarlah tak putih pun, asalkan cantik di mata orang yang tersayang.

Yang tak putih,
~hana bukan montana~


Monday, 21 October 2013

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR






Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, pernah tak dengar sabun marine essence? Tak pernah? Sabun ketiak? Tak pernah jugak??? Meh saya ceritakan sikit berkenaan sabun ni. Nama komersialnya Marine Essence Beauty Bar. Tu dia.....bukan main glemer lagi nama. Tapi ada sebab kenapa orang panggil SABUN KETIAK. eeuuww tak glemer langsung,huh!

Macam ada yang kat dalam gambar tu la...sabun ni sangat mujarab untuk penyelesaian masalah-masalah tersebut. TAPI, masalah menghilangkan hitam pada ketiak adalah sangat berkesan. Sampaikan ada yang anggap sabun ni khas untuk masalah ketiak hitam.kuikuikui~

Saya dah cuba produk ni hampir 2 bulan. Terasa lebih konfiden walaupun keluar rumah tanpa memakai deodoran. Serius! Kalau dulu...deodoran is my best friend. Leceh betul.

Oh ya, nak beritahu ni. Saya adalah ejen menjual sabun ketiak (read sabun marine essence) ni. Kalau nak order..just wassap atau wechat atau sms atau call je saya ok. 013-6780625. Anytime, anywhere gitu konsepnya..haha

Till then, wassalam.


Better Late Than Never

Bismillah..

Permulaan yang lambat. Tapi semoga istiqomah hendaknya.

Perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama... So, this is the 'langkah pertama',. Tak sure sama ada perlu bangga atau malu pada diri sendiri ni.haha..

Till then, wassalam.